logo kecik

 

Sila baca syarat-syarat pencalonan dibawah sebelum anda mengisi borang pencalonan.

 

SYARAT-SYARAT PENCALONAN

  • Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah:
    • Tidak terlibat dalam politik wang.
    • Tidak terlibat dalam kes khalwat atau zina.
    • Tidak mengambil dadah.
    • Tidak minum arak.
    • Tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat.
    • Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti menyalahi etika seorang pelajar muslim.
  • Calon, Pencadang dan Penyokong hendaklah menyemak semula keahlian PERUBATAN dan menjelaskan yuran sebelum membuat pencalonan.
  • Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada dan belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN.
  • Jumlah borang bagi pencalonan adalah dihadkan dan dicop (biru) dengan cop rasmi PERUBATAN.
  • Pencalonan hanya boleh dilakukan di lokasi yang disediakan.
  • Pencadang dikehendaki hadir bersama individu yang ingin dicalon ke lokasi pencalonan.
  • Setiap individu hanya boleh dicalonkan sekali sama ada untuk jawatan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) atau Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan.
  • Setiap individu hanya boleh dicalonkan sekali sama ada untuk jawatan Pengerusi/Timbalan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Tertinggi. [PERUBATAN cawangan]
  • Calon, Pencadang serta Penyokong mestilah hadir pada hari pencalonan untuk menandatangani borang dihadapan pegawai JPC.
  • Pencalonan untuk jawatankuasa Majlis Tertinggi PERUBATAN dibuka kepada semua mantan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan.
  •  Borang pencalonan jawatan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) hanya dikeluarkan sebanyak 3 borang.
  • Borang pencalonan jawatan Pengerusi hanya dikeluarkan sebanyak 5 borang.
  • Borang pencalonan jawatan Timbalan Pengerusi hanya dikeluarkan sebanyak 5 borang.
  • Borang pencalonan jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi akan dikeluarkan sebanyak 20 borang setiap lelaki dan perempuan.
  • Borang pencalonan jawatan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) akan dijual dengan harga LE 10.
  • Borang pencalonan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan akan dijual dengan harga LE 10.
  • Borang pencalonan Ahli Jawatankuasa Tertinggi akan dijual dengan harga LE 5.
  • Pegawai JPC tidak boleh dicalonkan untuk bertanding.
  • Borang pencalonan boleh dibeli pada Pengarah/Timb. Pengarah JPC dan dihantar selewat-lewatnya pada Hari Pencalonan 6 Disember 2014.
  • Penyerahan borang pencalonan akan ditolak setelah tamat waktu yang ditetapkan (hari pencalonan)
  • Setiap pembetulan borang pencalonan mestilah dibuat di hadapan pegawai JPC.
  • Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPC adalah muktamad.