logo kecik

 

Tempoh kempen adalah selepas nama-nama calon diumumkan. Walaupun kempen secara individu adalah dibenarkan, JPP tetap akan berkempen untuk semua calon. Semua calon mesti memberi kerjasama apabila dihubungi JPP.

 

  • Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau lambang mana-mana pertubuhan lain selain daripada PERUBATAN.
  • Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir.
  • Tidak dibenarkan menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan mahasiswa atau mahasiswi.
  • Mestilah mematuhi sebarang ketetapan yang telah ditetapkan oleh JPP.
  • Sebarang poster bercetak mestilah mendapat kelulusan JPP/JPC dan dicop (biru) dengan cop rasmi PERUBATAN.
  • Sebarang sogokan wang adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  • Kempen hanya dibenarkan selepas JPP mengumumkan calon yang akan bertanding.
  • Setiap kempen tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti mana-mana calon lain yang bertanding.
  • Mana-mana Calon, Pencadang atau Penyokong yang didapati melanggar syarat-syarat berkempen akan dikenakan tindakan oleh pihak JPP.
  • Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPP adalah muktamad.