[SENARAI NAMA CALON AKHAWAT FASA 2]

 

MAJLIS TERTINGGI PERUBATAN (MTP)

aween-s

NAMA CALON: NUR SYAZWIN BINTI MOHAMMAD SYUKRI (TAHUN 5)

NAMA PENCADANG: NUR LIYANA BINTI AB AZIZ (TAHUN 6)

NAMA PENYOKONG : ZATEEL FAHADA BINTI RUSLI (TAHUN 6)

 MANIFESTO:

  1. PIMPINAN PERUBATAN
  • Melahirkan pemimpin yang cemerlang khususnya ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) dari aspek:

 i) Akademik – Mengadakan slot muhasabah akademik dalam Smart Circle (SC) pucuk pimpinan PERUBATAN.

ii) Sahsiah – Mewujudkan Lembaga Disiplin MTP.

iii)Kefahaman thaqafah – Menggalakkan teraju pimpinan untuk mempunyai bahan bacaan tambahan.

 

  1. AHLI PERUBATAN
  • Berusaha membentuk ahli yang berjiwa rabbani dan kompeten melalui pemantapan aspek:

i)Ukhuwah – Menghidupkan budaya 3T (Tegur, Tanya khabar, Taaruf) dalam kalangan ahli PERUBATAN.
ii)Tarbiah – Memaksimumkan peranan Smart Circle (SC) dan JAKSI sebagai medium tarbiah yang utama dalam PERUBATAN.

  1. PERUBATAN
  •  Mengoptimumkan tenaga kerja dari semua cawangan dalam membantu cawangan yang kekurangan ahli dari sudut:

i)Media – Perkongsian tenaga kerja grafik.

ii)Program – Menggalakkan program kolaborasi antara cawangan yang berdekatan.

iii)Penggerak PERUBATAN – Pemetaan tenaga kerja yang sesuai mengikut keadaan

     semasa cawangan.

TIMBALAN PENGERUSI

jee-s

NAMA CALON: NAJIHAH BINTI JANUDIN (TAHUN 5)

NAMA PENCADANG: NOOR ASYIREEN BINTI AYUB (TAHUN 6)

NAMA PENYOKONG: NOHA NABILA BINTI MOHAMAD AKHIR (TAHUN 6)

 

MANIFESTO:

Memupuk suasana kekeluargaan yang harmoni bagi memaknakan tema ‘Kita Keluarga PCK’ yang melengkapi antara satu sama lain melalui:

  1. Penggerak PCK

-Memberi peruntukan khas kepada ahli yang menggerakkan PCK bagi melancarkan segala gerak kerja.

 

  1. Program

Memantapkan program fundamental seperti Smart Circle (SC), Raudhah dan kelas tutorial bagi melahirkan generasi muslim profesional dalam kalangan ahli PCK melalui:

-Penglibatan ahli dalam SC.

-Meningkatkan kualiti pengisian Raudhah.

– Pelaksanaan kelas tutorial yang lebih kerap.

 

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT)

 

1) tikah-s

NAMA CALON: NURUL ATIKAH BINTI MOHD RAFI (TAHUN 5)

NAMA PENCADANG: USWATUL HASANAH BINTI SUHAIMI (TAHUN 6)

NAMA PENYOKONG: NURIZATI HAMIZAH BINTI ABD RAHIM (TAHUN 6)

MANIFESTO:

Memperkasakan pergerakan PCK seiring dengan komuniti yang semakin mengecil melalui 3 aspek utama:

  1. Penggerak PCK

-Mengoptimumkan gerak kerja melalui kolaborasi antara biro dan organisasi batch.

 

  1. Program

-Lebih memfokuskan pelaksanaan program-program yang berkala dan berskala kecil.

-Menitikberatkan keberkesanan program melalui penilaian dan penambahbaikan selepas program.

 

  1. Kewangan

-Meneliti perancangan kewangan PCK bagi memastikan penggunaan duit yang lebih efektif.

 

2)  syerah-s

NAMA CALON: NUR ‘AIN SYAHIRAH BINTI MOHD YAZID (TAHUN 2)

NAMA PENCADANG: SITI SARAH BINTI ZAKARIA (TAHUN 6)

NAMA PENYOKONG: NUR HAMIZAH BINTI AB RAZAK (TAHUN 6)

MANIFESTO:

  1. Meningkatkan kecaknaan antara ahli PCK dengan mewujudkan sistem taakhi antara rumah
  • Mengadakan ziarah mahabbah sekurang-kurangnya dua kali sepanjang sesi.
  • Mengadakan program berbentuk ukhuwah sesama ahli rumah angkat masing-masing sekurang-kurangnya sekali sepanjang sesi.

 

 

3) najah-s

NAMA CALON : NAJAH MUNIRAH BINTI AZMAN (TAHUN 5)

NAMA PENCADANG: RAIHAN BINTI MUHAMMAD RAMZI (TAHUN 5)

NAMA PENYOKONG: NABIL HUDA BINTI CHE MURAD (TAHUN 6)

 

MANIFESTO CALON

  1. Meningkatkan keberkesanan Raudhah sebagai medium penyebaran ilmu dan thaqafah islamiah kepada ahli melalui penyebaran ilmu di alam maya dan ulasan semula sesama ahli Smart Circle (SC).
  2. Menjadikan Smart Circle (SC) sebagai platform kesatuan antara ahli senior dan junior dengan memantapkan modul ukhuwah dan meningkatkan kekerapan SC gabungan seiring dengan komuniti PCK yang semakin mengecil.

 

MOTO : ‘’Kita Bukan Milik Kita’’

 

4) naadiah-s

NAMA CALON : HIDAYATUL NAADIAH BINTI ZULKIFLI (TAHUN 5)

NAMA PENCADANG: NUR HIDAYAH BINTI ZAHARAN (TAHUN 5)

NAMA PENYOKONG : RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD DOM ARANG BILONG (TAHUN 6)

MANIFESTO:

  1. Memperkemas dan memperkasa sistem birokrasi Biro Penerbitan dan Penerangan yang sedia ada dan mengoptimumkan gerak kerja dengan mengadakan kerjasama dengan cawangan lain.

 

5) aida-s

NAMA CALON : AIDA ILYANA BINTI MOHAMAD ZUKI (TAHUN 2)

NAMA PENCADANG: FATHINAH BINTI HARUN (TAHUN 6)

NAMA PENYOKONG : NURUL SHEFAA BINTI AYOB (TAHUN 6)

MANIFESTO:

  • Memperkukuh sistem Tabung Kasih Sayang (TKS) dengan:

1. Mengoptimumkan penyaluran dana TKS kepada ahli yang berkelayakan.

2. Memperluas hebahan berkenaan skim pinjaman yang sedia ada kepada ahli.

3. Mempelbagaikan sumber kewangan dengan pencarian dana khususnya di Malaysia.

MOTO: GAIN KNOWLEDGE FOR PEOPLE

 

6)  biha-s

NAMA CALON: NABIHAH BINTI MOHAMMAD AZMAN (TAHUN 5)

NAMA PENCADANG : NURUL ASYIQIN BINTI IBRAHIM (TAHUN 6)

NAMA PENYOKONG: NUSAIBAH BINTI ABDULLAH (TAHUN 6 )

MANIFESTO CALON

  1. Meningkatkan penglibatan ahli semaksimum mungkin dalam setiap program sukan anjuran PERUBATAN melalui pemantapan ukhuwah dan pemerkasaan promosi sesebuah program.

MOTO : BE HAPPY

 

7) cheah-s

NAMA CALON: NURUL FASEHAH BINTI ZULKELNAIN (TAHUN 5)

NAMA PENCADANG: NURUL SALSABILA BINTI MOKHTAR (TAHUN 5)

NAMA PENYOKONG: NUR AMNINA BINTI NORDIN (TAHUN 6)

MANIFESTO:

  1. Memperkasakan produktiviti ahli PCK melalui perkongsian ilmiah dan memantapkan ‘soft skill’ ahli melalui:

-Pemerkasaan Unit Fikah PERUBATAN dan perkongsian isu semasa melalui medium yang sedia ada.

-Perkongsian ‘soft skill’ sesama ahli seperti mengadakan kelas memasak dan bengkel melukis komik.

 

  1. Memantapkan sistem organisasi batch dalam melaksanakan aktiviti PCK melalui pemerkasaan sistem taakhi dan meningkatkan kualiti program antara batch.

 

8) ida-s

NAMA CALON: NOR SHAHIDA BINTI MOHAMED RADUAN (TAHUN 5)

NAMA PENCADANG: NORKHALIS KHALISAH BINTI MOHD YUSOFF (TAHUN 5)

NAMA PENYOKONG: NURZAHIRAH AALIA BINTI MOHD RAZALI (TAHUN 6)

MANIFESTO:

  1. Meningkatkan keselesaan ahli ketika berada di markas melalui pemerkasaan sistem selenggara dan melakukan gotong-royong secara berkala.